Pada kali ini kami akan kongsikan dengan para pelanggan dan pembaca yang dihormati video tutorial pengayaan tudung bawal. Seperti yang dimaklumi oleh para pembaca, tudung bawal atau square scarf adalah berbentuk segiempat sama.

Bentuk sebegini memang memerlukan sedikit kreativiti daripada si pemakai agar sentiasa hadir tampak lebih menarik di khalayak. Sering kali kita dapati gadis dan wanita yang agak kekurangan idea dalam pemakaian tudung jenis bawal ini akan kelihatan steteotaip di antara satu sama lain.

Namun tahukah anda, jika gaya ikatan atau cara pakai tudung bawal dipelbagaikan, anda akan kelihatan seperti memiliki beberapa jenis tudung setiap kali keluar dengan rakan atau ke majlis tertentu. Walaupun pada hakikatnya ia adalah tudung yang sama! Bahkan, jika anda memang kreatif anda boleh saja mengikat tudung bawal agar kelihatan mirip seperti shawl.

1. Video tutorial pertama di bawah akan menunjukkan tiga cara pakai tudung bawal yang berlainan.

2. Seterusnya video ini adalah tentang bagaimana memakai tudung bawal seperti shawl.

P/s: Lihat koleksi aneka tudung bawal dengan warna-warni yang cantik ini untuk anda pilih dan gunakankan kreativiti anda.